Total Pageviews

Tuesday, April 1, 2014

Result SPM !!

Assalamualaikum :)


Lama rasanya tak update blog ni kan. Sorry ada hal yang tak dapat nak dielakkan. Farah dapat berapa untuk result SPM ?? hehehehe. Saya tak dapat straight A's pon. Simpang siur sana sini.. Hahaha but still Alhamdulillah sangat-sangat dan tahniah buat kawan-kawan yang dapat Straight A's yerr ! Bagi sesiapa yang tak straight tu tahniah jugak. Jangan DOWN dan teruskan usaha di peringkat yang lebih tinggi. Masa depan kita lebih panjang. Ok !

Pada hari result keluar tu sesaja pi sekolah awal. Konon-konon nak ambik feel dulu. Hahaha. Sempat la jenguk2 asrama dan cikgu-cikgu dulu. Heee. Pagi tu cikgu belanja breakfast ! Dipaksa makan oleh cikgu walaupun pagi tu memang tak lalu makan sebab ketaq sangat nak dapat result............. Perghhhhh..





Sampai sekolah ja pi asrama dulu. Cikgu ajak masuk dalam melawat adik2 sesi petang tengah prep. Wahh rasa lama tak study dalam bilik study tuh... Haaa cer cari mana satu cikgu farah? Cikgu Zubaidah ni macam baya-baya kami ja. Yang baju oren tu la cikgu kami aka ketua warden asrama !! Lepas dah puas pusing asrama baru la pi sekolah makan2 di kantin dulu dannnn tunggu pukul 10 masuk dewan !

Mula-mula cikgu announce dulu gred sekolah dan yang paling membanggakan SMK Sultan Badlishah merupakan sekolah nombor 1 di kedahhhhh !! jyeahhh... Sekolah farah 67 orang dapat Straight A's daripada 242 orang pelajar. Lepas tu cikgu bagi slip keputusan ikut angka giliran. Masa cikgu dok panggil sorang2 tu memang dup dap dup dap tak ingat apa dah. Nasib baik farak kelas yang ketiga kalau kelas lapan tak ka penat jantung ni dok berdegup kencang. Then sampai la giliran nama farah dipanggil untuk naik pentas ambil slip pastu turun cepat-cepat nak tengok slip. Kiraaa berapa A yang ada.  Mula-mula tengok slip tu bahagian atas semua A bila turun kebawah A semakin menghilangkan diri.... hahahaha. 



Bahasa Melayu - Alhamdulillah walaupun hanya mampu A-
Bahasa Inggeris - Terkejut BI lagi terer dari BM. Hahaha 
Pendidikan Islam- Alhamdulillah :)
Sejarah- Mula2 macam tak yakin sangat subjek ni tapi Alhamdulillah :)
Mathemmatics- Alhamdulillah walaupun tak capai target nak A+
Additional Mathematics- peningkatan dari result trial.. alhamdulillah
ICTL / Teknologi maklumat- HUHU target subjek ni dapat A tengok2 tak pun. sedih sebab sebelum ni x penah dapat B pun...
Physics-  hanya mampu B+.. 
Chemistry- Result sama macam trial ja. sory cikgu hufaidahhh :(
Biology- alhamdulillah :)

Mula-mula rasa down jugak la dapat result tu sebab kawan-kawan semua A berderet ja... Kita tersekat-sekat. Haha tapi hidup mesti diteruskan yer dokk?? Tapi apa-apa pun farah redha dengan result dan terus pandang ke depan !




Yeahhhh mari robohkan pentas sekolah dengan result kita yang gempakkk ! haha.


Kepada adik-adik yang nak ambik SPM tahun ni kak Farah nak pesannn sikit... Start study dari mula sebab kalau start lambat-lambat serius cakap penat ooo nak cover balik semua topik. Nanti memang stress sebab tak sempat nak baca semua, dah la subjek banyak kan. Kurang-kurang 9 subjek nak kena study. Kak farah hampa ni dah penah rasai dah semua sebab tu tak dapat straigh A. selalu study last2 minute. Hahaha.. Jangan jadikan alasan masuk macam-macam aktiviti dekat sekolah so tak sempat nak study. Dah pandai masuk macam-macam so pandai-pandailah bahagikan masa dengan baik yer adik-adik sekalian. Aktif-aktif jugak study-study jugak yerr ! Apa-apa pun jaga hubungan kita dengan Allah insha Allah segalanya akan berjalan lancar seperti yang diinginkan. Bebanyakkan berdoa.. Ok sampai situ je kot. Jumpa lagi nanti :)

p/s: Sekarang stay kat aloq staq dua malam dah. Nak habaq kat loqstaq sekarang macam dok kat jepun nuhh. Bunga sakura *actually macam bunga sakura kiri kanan jalan penuh.Cantik gilossss ! Subhanallah.... Tak caya mai sini tengok sendiri. Wuuuuuu feeling2 macam dok oversea. Hahahahaha ~

No comments:

Post a Comment