Total Pageviews

Thursday, April 3, 2014

Penang Street Art !

Assalamualaikum..

Minggu lepas farah dan family pi jejalan kat Penang. Actually nak hantar kakak Farah balik USM tapi katanya nak balik lambat sikit sebab roomate dia x balik lagi. So kami rancang nak jalan-jalan dulu la pusing penang kan..





Kami pi pinang naik jambatan Penang yang kedua sebab abang first farah tu tak pernah lalu lagi jalan tu. Ermmm sama ja rasa macam naik jambatan lama cuma jalan kat jambatan baru ni panjang dan macam ular sikit. 

For your informantion Penang Street Art tu dekat dengan jeti ferry. Tempat dia bukan setempat ja tau. Sebenarnya lukisan tu merata. Berselerak sikit tempat dia. Selalunya art tu ada dekat lorong-lorong sikit. Memang nice giloss kalau nak ambil gambar ditambah dengan props bagai. Dekat sana juga disediakan basikat untuk disewa sebab senang nak begerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kalau nak naik kereta sendiri pon boleh jugak tapi takut nak parking tu la susah sikit. Tapi kalau rasa malas nak kayuh sendiri, kita boleh suruh orang lain tolong kayuhkan dengan cara sewa saja beca. Beca dekat situ ada yang dihias dengan sangat cantik dengan bunga2 yang berwarna-warni. Tapi tak tau la berapa harga dia sebab ritu pun farah pergi naik kereta ja. Tak sewa pun tapi rasanya murah ja kut sebab ramai jugak naik basikal sewa tu even foreigner pun naik basikal jugak !

First art yang kami singgah ialah budak2 yang main basketball nih. Kat sini kalau hampa nak lompat, terbang or bergayut ka apa disilakan sebab takda orang sangat kat kawasan nih. hehehew. Apa gaya kami buat dekat sini? Ok mari kita lihat apa kami buat !! 







Lol tak tebang pun la. Jangan risau! Tapi jaring dia tu tinggi sangat. Cek tak sampai nak pengang walaupun dah lompat setinggi yang mampu.. Haha



Next kepada sesiapa peminat minion yang tegar boleh tangkap gambar kat sini. Wachhhaaa~ Macam2 stail minion ada kat sini. Semua adorable pulak tu !




Buai laju-laju, sampai pokok sena,
Apa dalam baju, sekuntum bunga cina ~~
Wuuuuu kat sini kita boleh feeling2 macam naik ndoi(buaian) tapi tak bergerak pun sebab lekat kat dinding. Action saja ok! Tengok la tu husna pun suka naik buaian tuuuuu. Comel ja dengan papa dia :)



Ok sekarang tangkap gambar beramai-ramai pulak !! yeahhh~ Entry kali ni enjoy gambar yer. Kita cakap sikit-sikit ja noh kali nih..

Haa gambar dekat atas ni tempat dia dekat-dekat ja tau. So kita boleh parking satu tempat pastu boleh jalan ja. Ok sekarang mari kita pi tempat lain pulak. Jauh sikit yer so memang kenan naik kenderaan. Tapi dalam 3minit sampai la kut kalau jalan tak sesak.



Mari kita panjat dengan adik ni ! Lol dia pendek.Yess farah tinggi. miahaha


Ok tak dapat sewa basikal, naik yang ni pun dah ok kut. Alamakk gambar kat dinding tu terlindung la pulok...





Banyak lagi lukisan yang ada dekat dinding-dinding di Penang tu. Tapi disebabkan kesuntukan masa tak dapat nak pusing semua. Selepas dah penat2 pusing dan tangkat gambar kami singgah masjid solat maghrib jap lepastu makan malam di Padang Kota pekena pasemboq sikit. Walaupun duduk dekat penang tapi rasanya dah lama tak pi Padang Kota tu.



Kami order pasemboq, sotong kangkung, kerang bakar Pergghh memang sedap giloss laa. Alhamdulillah rezeki malam tu. Sory gambar mulut penuh tapi sempat lagi nak peace ambik gambaq. haha. Acctualy makanan dekat padang kota tu agak mahal. Kalau sekali sekala nak makan ok la tapi kalau nak makan tiap2 hari dekat situ memang bankrup. Satu pinggan besar tu RM20 ritu kami makan.Tapi ikut apa bahan kita pilih jugak la kan. Lepas dah habis makan hantar kakak balik usm. ok 

THE END !

Ok kalau uolls free bila-bila or cuti sekolah ni datang la penang yer ! Ajak family mai bercuti sini. Memang tak rugi. Walaupun penang ni pulau yang tak besar mana pun tapi banyak tempat yang menarik. Ok jumpa lagi semua !

p/s: Alhamdulillah sini dah start hujan lebat. Jangan pernah berhenti berdoa dan berharap kepada Allah swt yer  :)

No comments:

Post a Comment