Total Pageviews

Tuesday, March 11, 2014

Program anak angkat dari Jepun

Assalamualaikum...

Pada hari khamis minggu lepas ada program anak angkat dari Jepun. Paksu farah suruh mama farah ambil orang jepun seorang sebagai anak angkat. So mama on je lah. Orang jepun tu stay dengan family farah selama 4hari 3 malam bermula khamis sampai hari ahad. Hari khamis malam tu pergi ambil orang jepun tu di airport Penang dan ada sikit taklimat. Lepas tu barulah agih-agihkan student tu pada keluarga angkat masing-masing. Student Jepun yang datang tu seramai 10 plus 2 orang lecturer dan seorang guru yang ajar student ni bahasa melayu di jepun. Cikgu ni la yang buat program bawa budak2 ni datang melawat Malaysia. Dia dah stay dekat jepun tu hampir 30 tahun dah sebab ajar bahasa melayu di sana. Hebat tak hebat cikgu tu. Nama dia puan Faridah. Ok lepas taklimat tu baru agih-agihkan student tu kepada keluarga angkat masing-masing. Mula-mula family farah dapat student lelaki tetapi macam mana tah ada orang lain request nanak yang muda then kami dapat la cikgu lelaki yang berumur 69 tapi dia masih kuat dan sihat. Ini bukak program anak angkat dah tapi program tokwan angkat. Hahaha. He is very nice 'tokwan' actually. Banyak souvenir yang dia bagi dekat family farah !



Gambar masa di aiport

Program dah diatur oleh paksu farah dah. Depa just tumpang tidur di rumah ja. Selalunya program habis pukul 6 petang macam tu la. Lepas tu baru aktiviti bebas bersama keluarga angkat masing-masing. 


Haaa ni la tokwan angkat farah tu. Nama dia Tatsuo Matsumoto. Di tinggal di Chiba dekat dengan Narita Airport ! Malam first tu kami bawa dia pi makan dekat Satay House. Kami order satay semestinya, otak-otak, dan dia try nasi lemak. Dia kata makanan semua sedap. Dia suka makan otak2. Katanya rasa otak2 tu macam sosej. Hee. Air yang matsumoto san ni pesan ialah kopi yang takdak gula mahupun susu manis. Cuma tambah susu cair ja. Orang jepun ni tak suka minum minuman manis sebab tu orang jepun ni sihat2. 




Lepas dah habis makan tu terus balik rumah. Bagi matsumoto san ni rest. Yela kot2 la dia penat berjalan seharian tu kan. Tapi sebelum tidur, malam tu abah call abangpit (abang sulung farah) melalui skype sebab matsumoto nak cakap dengan abang farah ni. Abang farah ni dulu dia pernah study dekat Jepun. Di Chiba Universiti so dekat la dengan rumah Matsumoto ni. Abang farah ni pulak memang boleh cakap bahasa jepun so rancak lah depa dua ni bersembang. Jeles tahu takkk dengar depa bersembang! Nak faham gak apa yang dibualkan. Cer try tengok video kat atas tu. Sikit je nih. Lama lagi depa bercakap sebenarnya..




On the next day, kami tak bawa dia jalan mana-mana pun sebab dia balik pun dah lewat. Pukul 9 lebih macam tu. Dia excited nak balik rumah sebab mula-mula tu abang farah cakap yang mama nak masak makan malam untuk dia. Dia kata mama masak sedap sebab pagi tu mama buat nasi lemak. Dia suka siap tambah lagi kau! Haha. My mom is the best chef ever !! Malam tu mama masa kari ikan memandangkan matsumoto san ni sangat suka kari ikan. Lauk lain yang ada, sayur kangkung ikan masin, udang masak lemak cili padi, lagii arghhhh tak ingat dah lauk lain. Yang pasti banyak sangat lauk malam tu dan semestinya tokwan farah tu tambah nasi sebab dia suka makan dengan kari ikan tuu. Miahaha. Dia kata "ibu zaiton masak sedap, sangat lazat!". Kami yang lain ni tak tambah pun sebab tengok dia makan selera sangat. Haha. Lepas dah makan tu saja kami bagi dia try songkok sebab dia ajak abang farah beli songkok esok tu. Bila dah try songkok tu abah bagi dia try dengan baju melayu dengan sampin sekali. Nak bagi dia try satu set kata abah. Perghhh memang dia suka kami puji dia segak. Cakap kat dia very nice plus dengan tepuk-tepuk tangan bagai. Mesti la dia suka kannnnn. Haha. Tapi memang nice pun. Cer tengok gambar atas tu. Segak kan. Cakap nak tangkap gambar terus badan straight. Haha. Then mama ngan abah pun decide nak pakai baju melayu dengan baju batik jugak sebab nak tangkap gambar dengan matsumoto sebagai kenangan. So kami tangkap la gambar sama-sama dan abah kasi songkok tu sebagai hadiah dekat matsumoto. Happy tak terkira dia malam tu !



Dia cakap nama melayu dia Hasnah.Pakaian yang dia pakai tu nama dia Yukata.
*oh myyy.. kenapa saya tak tengok kamera.

Kakak farah dengan Yuka.

With Akana yang ayu pakai selendang biru.

Malam terakhir di Penang sebelum mereka bertolak ke Sabah, aktiviti last ialah jamuan BBQ di rumah paklang farah. Perghhhh makanan malam tu memang banyak. Kalau bab makanan memang  tersangatlah AWESOME !! haha. So malam tu semua family angkat gather di rumah pak lang farah sebelum hantar student jepun tu si airport esok pagi. So malam ni la last nak jumpa semua student tu. Makanan yang ada malam tu memang banyak tak terkata. Mama farah buat nasi arab. Makanan lain yang ada malam tu, ayam bakar, jagung bakar, sosej bakar, kerang bakar, mee dan koey teow goreng, laksa, me kuah, dan macam macammmm lagi ada. Banyak sangat nak list. Malam tu memang best la. Student jepun tu ada buat persembahan sikit. Depa nyanyi lagu Mirai. Sapa tauu?? haha. Lepas tu sesi bergambar la of coz.. Matsumoto san ni dia cakap habis kat student yang lain kata farah ngan kakak farah ni cucu dia. Excited dia cakap dekat orang lain. hehe. Sesungguhnya ni memang pengalaman baru yang best.. Harap-harap dimasa akan datang ada lagi program-program macam ni atau farah boleh pi sana pulak ka. Hehehe


p/s: dalam kita happy ni, ada orang yang sedih. yaa sekarang ni heboh tentang misteri kehilangan pesawat MH370. Apa yang mampu kita buat sebagai seorang hamba Allah SWT yang lemah, kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa tanpa berputus asa agar pesawat,penumpang dan krew pesawat MH370 ditemui. Walau apa pun keadaannya nanti kita harus redha dengan musibah yang berlaku. Sesungguhnya Allah maha berkuasa. Luangkan sedikit masa kita untuk mendoakan agar segalanya urusan dipermudahkan. Sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT yer. Pray for MH370 :)

1 comment: