Total Pageviews

Wednesday, March 19, 2014

Bali (last day)

Assalamualaikum.

Bertemu kembali kita di segment cuti-cuti di bali di hari yang terakhir. HUHU. Dah last day dah kan. Ermm takpa hari last ni kita kena enjoy betoi2 nah. Oh lupa dah ka ni hari keberapa Farah di Bali. Tak ingat cerita sebelum ni. Ha takpa rewind balik  Hari pertama, Hari kedua, Hari ketiga.

Hari last farah pi Pantai Tanjung Benoa, Nusa Dua yang terkenal dengan keindahan pantai. Sesiapa yang suka water sport memang sinilah tempat yang patut dikunjungi. Seriously cakap memang banyak aktiviti water sports dekat sana. Murah-murah pulak tu. Tapi disebabkan hari tu dah hari last so tak sempat nak buat semua aktiviti dekat situ. Kalau stay dekat situ lagi sehari memang nak try semua. Yela bukan senang nak dapat harga murah kan. So kami decide pergi pulau penyu ja lah. Harga dia Rp. 100k seorang. 



View dekat sini memang cantik. Masa ni otw dalam bot nak pergi pulau penyu.


Dalam perjalanan nak pi pulau tu, driver boat tu berhenti tengah-tengah laut. Then kami boleh bagi ikan yang comel-comel makan roti. Baling ja roti pastu nanti ikan-ikan tu berebut dan dengan gelojohnya depa makan. Hahaha. Comel giler tengok. Cantik-cantik pulak tu..
  



Yeah dah sampai. Bergambar dulu sebelum masuk. Haha.


Haaaa. For the first time Farah pegang penyu. Ohmaii tersangatlah comel ciptaan Allah ini. Mula-mula tu takut la jugak. Haha ada time penyu tu kipas-kipaskan tangan dia. Perghh memang sakit jugak la. Habis merah tangan. Pengalaman. Nak pegang penyu ni kena tau cara dia tau kalau tak memang dia akan mengibas tangan dia dan menampar tangan kita sehingga merah tangan kita. Yes saya dah kena!! Kalau kita pegang ok, ok la dia :)




See, comelkan penyu ni. Arghh so adorable !


Selain penyu tadi tu, ada jugak penyu yang besaq kedabok. Penyu yang besar ni dah tua sikit dah kot kalau tak silap. Jalan pun slow motion ja. Jalan ka?? Ermm boleh la...


Bukan setakat penyu ja ada dekat pulau tu, banyak lagi binatang lain kat situ. Antaranya burung yang farah pegang tuuuu! Hebat kan. Hahaha. Actually berat jugak la burung tu tapi nak ambik gambar punya pasal kena cover sikit la kan. Hihihi. Penyu dengan burung enggang ni ja yang mampu farah pegang. Ular ohmaiii geliiiii geleman dan burung helang yang kukunya sangat tajam cek tak sanggup nak pegang. Hanya mampu lihat dari jauh jerr. Haha. 

Lepas dah puas pusing satu pulau tu kami balik semula di tepi pantai. Perhatian untuk pengetahuan anda semua sepanjang kita di tepi pantai tu kan, nanti ada paparazi yang dok sibuk2 tangkap gambar kita. Memang kita tak suruh pun tapi depa tetap nak ambik juga gambar kita. So nasihat Farah abaikan ja depa tu. Lepas kita dah balik dari pulau tu nanti mereka-mereka tu akan jual gambar yang diambil tanpa izin tadi. Tapi bagi sapa-sapa yang takmau beli gambar tu pun takpa. Abaikan. Kalau nak beli jugak normal satu gambar dijual dengan harga Rp.10 000. Lepas tuuuu kami menuju ke airport untuk check-in penerbangan  pulang ke tanah air yang tercinta Malaysia......


THE END

So this is it. Cerita Farah di Bali. Nak pi untuk kali kedua memang tak kot. Hehe. Nak pi sana kena kuat iman tau !


p/s: Ohmaii ohmaii ohmaii.. Esok 20 haribulan dah. Dah kenapa dengan 20 haribulan ni? Ye la cek nak pi ambik result SPM esok*peluh dingin. Ya Allah permudahkan segalanya esok. Good luck untuk sesiapa yang nak ambil result esok ok. Semoga dapat result gempak seperti yang diimpikan. Insha Allah.. Doa banyak-banyak. All the best. Good luck, good luckk, good luckkkk !!




No comments:

Post a Comment