Total Pageviews

Thursday, March 6, 2014

Bedugul & Tanah Lot (Day3)

Assalamualaikum..

Walaupun dah lama kau melawat bali Farah tapi kau masih mampu update. Well done farah!
Bukannya apa, rasa malas menguasai diri. Tak bagi peluang langsung untuk update blog ni. Miahahaha dah malas tu malas laa. Tak payanh nak bagi alasan sangat la kan.... Dengan sekaran ni busy pi kelas memandu jugak..

Ok kita sambung hari ketiga pulak yer. Yes berjalan lagi. Hari ketiga pun kami mendaki bukit lagi. Tapi sebelum tu macam biasa la. Bangun pagi sarapan dulu. Sarapan bubur nasi ja sebab tak lalu nak makan, excited nak berjalan ja. Haha. Tempat first kami melawat ialah Pura Taman Ayun iaitu pura peninggalan masa kejayaan Raja Mengwi. 







Cantik kan tempat ni? Sejuk ja mata memandang keindahan alam. Pura ni maksud dia macam temple la. Raja Mengwi bina temple ni untuk family dia la kiranya. Pura ni dikelilingi oleh sungai. Pura ni bukak dari 8am-6pm dan entrance fee dia 3000rp. seorang. Sangatlah murah jadi semua orang mampu bayar. Heee. Lebih kurang 90sen macam tu sebab 1000rp. lebih kurang 30sen. 



Dulu-dulu dekat tempat ni juga raja lawan sabung ayam. Tetapi sekarang dah takdak sebab ada orang salah gunakan. Kalau nak buat jugak kena ada kebenaran dan nanti ada polis yang akan jaga.



Selepas itu, kami ke Bukit Bedugul. Dalam perjalanan naik bukit bedugul tu kita boleh lihat penanaman padi secara berteres. Seriously sangat cantik dan unik sebab kalau kita nak tengok di Malaysia mana ada yer dok? Kat Indonesia ni je lah kita boleh tengok.







Tadaaa. Dah sampai di atas puncak dia. Sebelum kami makan kami solat dulu di masjid Al-Hidayah,Bedugul. Cantik masjid ni tapi masih di ubah suai untuk bagi lagi cantik. Fyi, masa nak ambil wuduk tu kan, MasyaAllah air dia memang sejuk macam kita letak ais. Memang masa ambil wuduk tu ambil cepat2. Sejuk sangat. Udara atas tu memang sejuk la. Sangat nyaman dan nyaman.



Lepas dah solat kami tangkap gambar dulu depan masjid sebagai kenang-kenangan. Rugi kalau tak ambil gambar dekat sini sebab background dia memang superb. Nampak tasik belakang kami tu. Tu tasik buatan. Besar gilerrr.. Lepas tu kami makan di Warung Makan Halal As-Siddiq. Restoran ni dijamin halal.



Haaa ni la makanan yang kami makan. Satu set nasi ada sayur dan ayam tu harga dia Rp. 24,000. Murah kannn? Air teh botol sosro tu tak ingat pulak harga dia. Mula-mula tengok botol tu ingat air coke tapi air teh. Sedap jugak la rasa air tu dan makanan tu sedap jugak. Nanti kalau datang bali makan la di kedai ni. Kita cuma perlu jalan depan sikit daripa masjid Al-Hidayah tadi. Dalam 100 meter macam tu ja kot.












Lepas tu, di tempat yang sama kami singgah di Danau Beratan dan Pura Ulun Danu. Tempat ni betul-betul depan restoran tadi tuh. Haa kalau sesiapa tengok cerita Projek Memikat Suami dekat sini la depa berlakon tu. Ada satu scene yang Nawwal Husna merajuk lari pergi bali. Sini la salah satu tempat tu. See nice view rite? Dekat sini juga kita boleh naik sampan tu atau bot itik yang boleh naik dua orang tu.. Kami tak naik pun. Hanya sekadar cuci mata. Lepas tu depan sebelum masuk pura ni ada tempat shopping. So lepas dah penat berjalan dan tangkap gambar semua kita boleh shopping dan beli souvenir sikit bawa balik dekat kawan-kawan. Heee.





Lastly, kami ke Tanah Lot. Orang kata kalau pi bali tak singgat dekat tanah lot ni memang rugi mampoihhhh bak kata orang kedah. haha. Pemandangan dekat sini memang cantik. Subhanallah... Tapi sayang tuah tidak menyebelahi kami.. Masa Farah sampai tempat ni tengok-tengok hujan turun dengan renyainyaa. Mula-mula tu renyai la tapi makin lama makin lebat pulak. So kami terpaksa la sewa payung sat. Sayang gila tak boleh turun pi dekat pulau tengah tu. Hujan so takut licin kalau turun dekat batu tu. Masa farah pergi ni air tengah surut. Kalau tengok gambar keempat dekat atas ni, haa orang boleh naik sampai atas tu. Tapi kalau air pasang kita boleh tengok  batu tu seolah-olah macam ada dekat tengah2 laut. So kami hanya mampu tangkap gambar dari jauh jer lah.

Lepas dah habis semua nih barulah kami pi makan malam di restoran Wong Solo. Lepas tu terus balik hotel dan istirahat. Selama tiga hari di bali ni duit untuk shopping semua baru habis Rp. 1 juta lebih. Dengar macam banyak sangat kan tapi sebenarnya baru RM 300++ macam tu. Macam-macam boleh kita beli dengan harga ni sebab barang di bali ni murah-murah.

Last day di bali akan menyusul di entry yang lain pulak yer. Terima kasih sebab sudi membaca !

p/s: pi latihan kereta harini kena beletiaq dengan cikgu tu. Huhuu.. susah jugak la bawa kereta ni :'(  

No comments:

Post a Comment