Total Pageviews

Monday, February 17, 2014

Travel travelll to Bali (First day)

Assalamualaikum..

Hai semua. Farah baru balik dari jalan-jalan di Bali. Memang sangat awesome! Semalam baru ja sampai rumah. Bau Bali pon masih lekat lagi dekat badan ni *over je kau nih farah oiii..
Sementara tunggu result SPM ni mama farah ajak pi holiday di Bali. Katanya jom pi travel, duduk rumah bukan buat apa pun makan, tidur dan asyik dengan cerita korea tu jaa. Farah pun apa lagi on je la kan bila mama ajak sebab mama nak sponser half untuk bayaran pegi bali ni. Hehe. Itu yang penting!

Kami touchdown Airport Bali pukul 12.30 lebih kurang. Then kitorang dijemput oleh tour guide yang bernama pak yahya dan lagi sorang pak ketut. Mesti lawak kan dengar nama dia macam kentut. First time farah dengar pon tergelak tapi dia cool saja sebab dh biasa dengan situation tersebut. Dia pon cakap "nak senang ingat nama saya ingat 'kentut' tapi dibuang 'n' nyaaa ya."
Nama dia sebenarnya panjang lagi tapi susah nak ingat sebab terbelit2 nak sebut.



Ha yang berdiri kiri sekali tu la pak ketut. Baju yang dia pakai tu pakaian tradisional bali. Kalau kita dekat sana memang ramai orang yang pakai baju macam dia. Katanya untuk kekalkan adat bali pakai pakaian macam tu. Sepanjang perjalanan dia cerita macam-macam dia cerita pasal sejarah bali. Sangat menarik !




 Lepastu kami dibawa ke Garuda Wisnu Kencana Caltural Park. Dekat tempat ni ada banyak patung-patung besar macam dekat belakang kami tuh. Tempat ni masih belum siap sepenuhnya. Masih dalam proses untuk bagi lagi cantik tempat nih. Kalau nak ambil gambar dekat sini memang banyak port2 yang cantik. Lepas tu kami makan di restoran halal food dekat sana. Then solat di masjid berhampiran. Masjid dia tersangatlah open sebab kiri kanan tak ada dinding pun. So orang keliling boleh nampak kita. Dekat sana ni Islamik depa kurang sikit. So normal la dekat sana kalau solat open macam tu.






Next destination is Pura Uluwatu yang terletak di hujung Bukit Pecatu. View dekat tempat ni memang awesome habis la. Perkataan yang mampu terkeluar di bibir ni hanya Subhanallah Subhanallah dan Subhanallah. Kalau nak selfie dekat sini memang best la. Kalau datang bali rugi tak datang bukit pecatu ni. Tapi kalau nak datang tempat ni kena kuat, sihat mental dan fizikal sebab kita kena panjat tangga dan jalan di lereng2 bukit tu. Tapi kalau kita jalan sambil enjoy lihat pemandangan memang tak rasa pun rupanya kita dah berjalan jauh. Gambar yang last sekali tu ialah Kecak Dance. Dekat sini jugak kita boleh tengok matahari terbenam. Memang cantik !



Malamnya sudah tiba. Untuk makan malam kami makan di Jimbaran Cafe. Makan di tepi pantai tu. Ala-ala candle light dinner. yeahhh~ tu la makanan kami makan plus air kelapa sebiji. Sedap jugak la. Macam seafood dekat Malaysia ni. Makanan dekat bali ni tak banyak yang berkuah sangat. Lauk dia banyak yang tidak berkuah. Konklusinya makanan di Malaysia is the best. Hehe.




Lastly, setelah dah puas berjalan kami check in di Hotel Wina Holiday Villa, Kuta. Hotel ni sangat cantik dan selesa. Lepas dah check in semua masuk bilik bersihkan diri, mandi, solat semua dan lepas tu terus tidoq. Penat sangat sampai-sampai bali terus berjalan, malam baru masuk hotel. Mana tak penatnya kan. Lepastu tidur tak ingat dunia dah la kann. 

Ok ni baru first day. Ada banyak cerita lagi farah nak kongsikan tapi untuk hari ni setakat ni dulu la kot. Mata ni pun dah mengantuk. Nite people !

Terima kasih sebab sudi baca entry ni !

No comments:

Post a Comment