Total Pageviews

Friday, February 21, 2014

Kintamani Full day Tour, Bali (Day2)

Assalamualaikum..

Kembali bertemu di hari kedua. Hihihi. The story begin~
Bangun pagi, gosok gigi, guna ubat gigi safiii. Haha. Tak lupa juga solat terlebih dahulu. Lepas tu breakfast kat hotel pukul 7.00 pagi sebab pukul 8.00 pagi dah start jalan-jalan. Makanan dekat hotel tu boleh tahan la. Boleh la untuk tekak melayu ni kan. 






Tempat first yang kami melawat ialah menonton pertunjukan tari Barong. Harga untuk masuk tu tak ingat la berapa sebab bayaran semua dah diuruskan. Ada kisah disebalik tarian yang ditunjukkan tu. Tarian ni lebih kurang tarian singa la costume dia. Cuma lagi mengerikan muka dia berbanding tarian singa. Tarian ni mengambil masa selama 1jam. Agak membosankan tapi kalau sesiapa yang suka culture2 macam ni mungkin best kot bagi dia. Selalunya tarian ni memang start sharp pukul 9.30 setiap hari. Sapa nak tengok tarian ni pastikan panctual, jangan sampai terlepas. Lepas tu kami dibawa ke satu tempat shopping yang berhampiran dekat situ. Shopping la apa lagi kannn.. Hehe. Tapi tak banyak sangat pun membeilnya,




Lepas tu singgah di Galuh sebagai pusat batik dan menjual batik Bali. Dekat sini kita boleh lihat cara-cara buat batik bali. Lepas tu kita juga boleh beli souvenir batik bali. Farah just beli macam scarf kepala  tu ja. Harga dia 10,000 rp bersamaan RM3 lebih kurang. Next kami dibawa ke tempat kerajinan perak. Dekat sini memang kita boleh tengok cara buat anting-anting, cincin, rantai dan macam-macam lagi yang diperbuat dari perak. Memang sangat teliti hasil tangan mereka. Patutla harga pun agak mahal laa. Tapi mampu dibeli oleh orang ramai. 





Destinasi seterusnya ialah kami dibawa ke Kintamani. Kintamani ni satu tempat pergunungan. Tempat ni ada mirip-mirip Cameron Highland la. Dekat sini ada jugak penanaman sayur-sayuran dan buah strawberry. So kita boleh beli strawberry satu bekas yang kecil tu dengan harga 10,000 rp. Sangatlah murah berbanding di Cameron. Yela mana nak dapat strawberry harga 3ringgit kat sini. Banyak pulak tu. Walaupun strawberry dia tak berapa nak merah sangat tapi rasa dia manis dan fresh. Tempat ni sangat subur dengan penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan sebab dulu tempat ni terkena tempias gunung berapi dari bukit berhampira. Tanah dia pun warna hitam sebab tu la subur.Temperature dekat sana memang sejuk ditambah dengan angin yang agak kuat kira-kira 15 degre celcius kot. Sebab sejuk jugak la. Ala-ala macam dekat negara omputih gituhh.. Kintamani juga membawa maksud kabus. So tempat ni sangat berkabus. Boleh nampak macam asap putih terbang ditiup angin. 





Selepas dah turun dari Kintamani tu, kami dibawa ke tempat dimana kopi bali ditanam. Macam tu la rupa kopi bali. Ermm rasa dia sama ja kut. Farah tak tau sangat beza rasa kopi ni macam mana. Dekat sini kita akan diberi rasa kopi secara percuma. Bukan kopi saja, macam-macam minuman ada di sini. Contohnya, kopi bali, teh serai, kopi ginseng, air rosselle, hot chocolate dan macam-macam lagi. Tak ingat sangat sebab banyak air. Dekat sini juga kita  boleh beli kopi tahi musang. Dengar macam tak lalu je kan. Eh eh farah tak try minum pun. Gilerr kau nak minum tahi !!? Tak sanggup eden. Kopi tahi musang ni diambil dari tahi musang yang depa bela. Musang tu dikatakan hanya makan kopi.

Haaa. Ni la musang tu. Comel ja kan dia tapi kesian dikurung. Lepastu tahi dia diambil buat kopi pulak kan. Haha. Lepas dah try minum semua air tu kalau berkenan mana-mana boleh beli dekat kedai di situ. Semua jenis minuman yang try tadi ada dijual. Haaa tapi kopi tahi musang tu depa tak bagi la try sebab mahal. Kalau bagi try pun tamau minum rasanya. Serbuk minuman tu boleh dibeli dengan harga 75,000 ++ untuk saiz kecil. Yang besar tak tahu la pulak..


Tempat last yang dibawa sebelum makan malam ialah Pasar Local yang menjual barang sourvenir, baju, beg dan macam-macam lagi dengan harga yang sangat murah ! Yeahh it's shopping time! Pak Ketut kata dekat sini jangan kesian. Kita kena 'KEJAMM' dalam sesi tawar menawar ni. Mintak diskaun 70% bukan 50% katanya. Farah pun bersikap kejam la tunggu lagi... haha.
Ni antara barang yang farah beli untuk bagi dekat kawan-kawan sebagai souvenir. Beg canvas ni sangat murah. Geram ja rasa tengok. Hahaha

Lepas dah penat shopping semua baru la kami pi makan malam dan lepastu terus balik hotel dan tidurrrrrrrr. Zzzzz. Farah pun dah penat menulis. Tidur dulu. Sebelum tidur jangan lupa muhasabah diri dulu yer. Daaaa ! Tunggu, ada sambungan lagi tau. Nanti kita story lain nah.

p/s: sory ada gambar yang tungging terbalik tak tau pasaipa. Dah rotate tetap terpusing jugak. Tolong rotatekan kepala anda untuk tengok gambar tu yer. Hihihihi. Sory! Ikuti sambungan hari ketiga dan hari keempat pulak yer !

Terima kasih sebab sudi membaca !

No comments:

Post a Comment