Total Pageviews

Monday, January 27, 2014

Kek Hokkaido

Assalamualaikum.

Hari ni farah nak kongsi satu resipi kek yang simple dan sedap ! Sesiapa pun boleh buat kek ni kalau ikut step dan ada bahan yang diperlukan. Semalam farah dah buat dan sangat sedap... Ok jon kita tengok cara2 membuatnya..

Bahan-bahan

(Bahan A)

- 8 biji telur (kuning)
- 60 gram gula kastor
- 100ml susu full cream/ susu cair
- 100ml minyak jagung

(Bahan B)

- 160 gram tepung naik sendiri
- 40 gram tepung kastad

(Bahan C)

- 8 biji telur (putih)
- 160 gram gula kastor

Cara membuat

1. Pukul kuning telur dan gula kastor (bahan A). Kacau rata baru masukkan susu dan minyak jagung.(kacau guna senduk kayu sahaja)
2. Bila sudah rata masukkan Bahan B. Gaul hingga sekata.
3. Ambil bekas lain, pukul telur putih hingga berbuih baru masukkan gula kastor (bahan C). Pukul hingga kembang dan gebu. Apabila diterlangkupkan tidak jatuh. (guna mixer)
4. Ambil 1/3 adunan telur putih tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung. Kaup balik hingga adunan habis.
5. Masukkan dalam cawan kertas. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 170 C.

________________________________________________________________________

Bahan Krim

- 125gram whipping cream
- 125 gram cream cheese
- 100 gram susu pekat manis

Cara Membuat

1. Putar whipping cream hingga gebu dan kental. 
2. Ambil bekas yang asing, putar cram cheese dan susu pekat manis hingga kembang.
3. Gaul sekali whipping cream dan adunan cream cheese tadi. (gaul guna senduk)
4. Masukkan adunan kedalam piping bag dan pipekan ke dalam kek dan atas kek.

Dahh siapp. Senang kan?? Dan inilah hasilnyaaaa...



Selamat mencubaa !!

6 comments:

  1. Replies
    1. bila makan lagi sedap. ketagih weh. wehuuu~

      Delete
  2. wuuuu. nak try lahh. Farah boleh masuk masterchef aaaa cenni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la weh. senang sangat buat dia. just kena ikut step tu ja. hehe. memang teringin nak masuk masterchef pon. hehe

      Delete
  3. Assalamualaikum Farah :)

    Alahai dah lama sangat nak buat hokkaido cupcake ni. Tapi asyik lupa beli bekas cupcake yang macam kotak tu. Boleh ja guna yang biasa tapi nanti takda la ke-hokkaido-an dia kan. Ekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.
      ha ahh. kalau yang bekas keras baru ada feel sikit nak makan. hehe. yang biasa lembik takut x cantik ja bentuk dia. hehe. ok selamat mencuba ! sedap kek niii. nyum nyum~ hahaha

      Delete