Total Pageviews

Wednesday, January 8, 2014

Jom sama-sama kita berubah !

Assalamualaikum...

Hari ini farah nak kongsi sedikit dialog yang diambil dari Facebook yang farah rasa baik untuk dikongsikan bersama. Just take your time to read this.

Dialog antara lelaki dan perempuan...
L= Lelaki
P= Perempuan



P= Aduii, Apasal la ramai orang sangat dok menyibuk pasal aku. Aku pakai seksi tak semestinya aku jahat. Apa diorang ingat yang pakai tudung ni pasti masuk syurga ke?? Cis...!

L= Assalamualaikum saudari. Ni apasal mengeluh ni? Maaf yer saya komen status awak ni.. Saja nak menyibuk. Tak salah kan..

P= Waalaikumussalam. Takda, saya tengah bengang ni. Ramai orang dok kutuk-kutuk saya. Diorang suruh saya tutup aurat. Tapi diorang tu, macamlah baik sangat. Tutup aurat konferm masuk syurga ke?? Hok alohhh..

L= Laa.. Elok la tu mereka tegur demi kebaikan awak. Lagipun, yang pasti, orang yang tidak menutup aurat tu memang pasti masuk neraka. Sebab mereka langgar perintah Allah. Kan?

P= Alahh.. Orang yang pakai tudung labuh tu takkan la diorang tak buat dosa... Cakap je lebih, tapi kuat mengumpat orang, kutuk orang, sakitkan hati orang... Mereka pun buat dosa jugak. Bukannya mereka tu maksum!

L= Bukan macam tu. Menutup aurat takdak kena mengena dengan perangai baik atau buruk seseorang. Ia adalah perintah Allah. Kenapa kita hanya taat kepada sebahagian perinta Allah dan Meninggalkan perintah Allah yang lain? Begitu juga dengan perintah menutup aurat bagi lelaki dan wanita... Bila Allah suruh manusia tutup aurat ada manusia yang tidak mahu mengikut perintahNya. Mereka menyalahkan perintah lain pula, padahal ia perintah wajib..

P= Hai awak ni... Macam la awak tu bagus sangat nak tegur-tegur saya. Awak tu dah cukup baik ke nak tegur-tegur orang ni? Entah-entah awak tu sendiri yang tak tutup aurat..

L= Kenapa pula awak cakap macam tu? Nabi s.a.w. tidak pernah melarang umatnya berdakwah kepada sesiapa sahaja, terutama orang yang melakukan maksiat. Bukankah dakwah itu satu tuntutan? Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Barangsiapa daripada kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia ubah dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidah. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim). Jadi selagi kita ni seorang Islam, wajiblah ke atas kita untuk mencegah kemungkaran. Bukan saja mendapat pahala, malah ia boleh menjadi peringatan buat diri sendiri secara tidak langsung. Tidak kira kita baik atau jahat, kita mesti berdakwah...

P= Wajibke kita berdakwah? Padahal kita ni bukan orang yang berilmu pun. Lagipun awak tu pandai sangat ke? Awak tu ustaz ke?

L= Bukanlah.. Saya bukan seorang ustaz, tetapi Al-Quran, hadith, ijmak dah qias ulama' adalah 'kompas' saya untuk meneruskan hidup demi mencari keredhaan Allah dengan menurut perintahNya.

P= Ermmmmmm....... Tapi walaupun kitorang ni seksi dan tidak menutuk aurat, kitorang baik ape... Ada yang pakai tudung tapi lagi jahat daripada kami, tau tak?

L= Betul ke hati yang baik tu mampu menjamin maruah awak sebagai wanita kalau awak tidak menutu aurat? Adakah awak pasti sempurna iman awak tanpa melaksanakan salah satu tuntutan menutup aurat yang wajib ni?

P= Awak ni sengaja nak sakitkan hati saya ke??!! Iman ke, apa ke, itu antara kami dengan Allah. Kami nak pakai ketat ke, seksi ke, itu hak kami! Kalau tak suka jangan tengok!

L= Memanglah itu antara awak dan Allah, tapi awak takdak hak nak tunjuk aurat awak kepada lelaki bukan mahram, kerana kita semua milik Allah. Lagipun, saya nak tanya, awak boleh jamin ke kami yang lelaki ni........ mempunya hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan nafsu yang membuak-buak apabila memandang tubuh badan awak? Wowww.. saya sendiri pun belum tentu dapat menahan godaan syaitan yang sentiasa menggoda kami.

P= Lelaki yang gatal !! Kitorang pakai yang seksi sikit pun takkan korang tak tahan dengan godaan? Terpulang kepada orang yang memandang jugak lah kann? Siapa yang suruh pandang? Kitorang tak suruh tengok pun!!

L= Janganlah marah. Saya tegur demi kebaikan awak. Takda niat apa-apa. Lagipun, walaupun korang rasa korang tak seksi, dedahkan aurat kepada lelaki ajnabi itu tetap berdosa.

P= Tau pun taku... Alahh tak luak pun dosa pahala kami, sebab kami pun masih tetap menunaikan solat dan berpuasa. Bukannya takda amal apa-apa langsung... ~

L= Tak baik cakap macam tu.. Kita tidak tahu adakah amalan-amalan kita diterima oleh Allah atau tidak. Apatah lagi apabila kita sering buat dosa secara berterusan. Adakah awak boleh jamin yang awak boleh memperoleh syurga kelak?

P= Itu..... Ermmm memanglah... Tapi dosa dan pahala, kami sendiri yang tanggung. So, jangan risau yer. Kami tak susahkan hidup orang lain pun.

L= Awak silap. Pada awak, awak tidak menyusahkan sesiapa. Tapi pada hakikatnya awak telah menyusahkan kedua ibu dan bapa yang menanggung awak serta orang lain yang memandang awak yang sedang mendedahkan aurat.

P= Aik? Apa kena mengena saya dengan mereka? Saya tak menyusahkan mak bapak saya pun! Saya tak pernah minta duit daripada mereka. Baik kan saya ni? Dan apa kena mengena dengan orang lain pulak? Nonsense!

L= Memang ada kena mengena! Sebab awaklah yang tak ada kesedaran untuk berubah. Awak sebenarnya akan menarik ibu dan bapa awak yang tidak menegur awak untuk masuk ke dalam neraka. Juga kerana awak, orang lain yang memandang aurat yang awak sengaja dedahkan kepada mereka sampai mereka tidak mahu melepaskan pandangan mereka daripada memerhatikan tubuh badan awak tu. Itu semua kerana awak tidak ada kesedaran tentang ini!

P= Mak.... Ayah.... Kawan-kawan... Costumer... Orang ramai... Gulp..... Huh! Apa pun, ini antara kami dengan Tuhan! Manusia tidak layak menilai! Dan Allah itu maha Pengampun kan? Jadi kami akan bertaubatlah bila sampai SERU... Tak payah risaulah... !

L= Banyak perkara yang patu awak risaukan. Pertama, adakah awak fikir dengan melakukan maksiat kepada Allah secara berterusan, Allah akan redha dengan perbuatan dosa-dosa awak? Kedua, adakah awak tidak takut mati? Bukankah mati ini tidak mengenal usia? Lebih teruk lagi, adakah awak yakin awak sempat bertaubat sebelum awak mati kelak? Ketiga, berani ke awak nak menghadapi malaikat Mungkar dan Nakir dalam alam kubur nanti? Awak berani ke nak jawab macam awak jawab kat saya tadi?

P= Awak jangan nak takutkan saya dan tuduh saya yang bukan-bukan, ok? Saya tak lawan perintah Allah pun! Saya cuma tak tutup aurat! Saya selesa begini!

L= Nasib baik la kau ni comel.. Kalau tak, aku dah jentik dah ni.......

P= Apa diaa????

L= Hahaha.. Takda apa... Saja nak tenangkan keadaan. Saya tak tuduh awak pun, sebab awak memang terang-terang tak ikut perintah Allah...

P= Ok... Ok.. Saya mengaku. memang saya salah. Ok, saya terima nasihat awak. Tapi perlu ke berubah secara drastik? Slow-slow tak boleh ke? Janganlah paksa....

L= Boleh. Tapi awak rasa cukup ke tutup aurat bahagian atas je, tapi lengan, da.... dada, leher, kaki awak tu? Kan lebih elok awak pakai pakaian yang benar-benar menutup aurat dengan sempurna?

P= Pulak dah... Saya bukan tanak berubah terus, tapi takut orang kata saya ni hipokrit kerana tak ikhlas menutup aurat. Macam mana? Saya tanak orang kata saya ni munafik!

L= Awak janganlah fikir begitu. Awak perlu yakin dan ikhlaskan hati.. Sebab kalau itulah alasan awak untuk tidak menutup aurat, sebenarnya awaklah yang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama islam...

P= ..........................

L= Tapi awak janganlah ambik hati akan apa yang saya katakan. Saya cuma nak awak fikirkan apa yang saya kata tadi. Percayalah awak mampu berubah menjadi orang yang lebih baik selepas ini... Insha Allah :)


Subhanallah. Tepuk dada, tanya selera. Farah pun yakin kita mampu menjadi muslimah sejati. Insha Allah. Terima kasih kepada rakan facebook yang sudi berkongsi maklumat yang berguna ini.

Terima kasih sebab sudi baca entry ni !

No comments:

Post a Comment