Total Pageviews

Saturday, January 4, 2014

cookies lidah kucing pelangi !

Assalamualaikum !

Hai ladies and gentlement. Resipi baru daripada farah. Semua tahu kan sekarang ni diheboh-hebohkan dalam dunia masakan tentang satu cookies nih. Nama cookies tu cookies lidah kucing pelangi. Dengar macam ngeri je kan. Tapi sebenarnya tidak sama sekali sebab cookies tu tersangat la comel, menarik dan yang penting sedap! First2 tu kakak farah la yang tengok dekat satu butik ni ada jual satu cookies yang comel. Dia teringin nak beli so dia suruh abang yang kerja kat KL tolong beli. Actually kami tengah cari2 cookies untuk dibuat doorgift masa wedding abang farah haritu. Then beli la satu balang dan try la rasa kuih tu. Sedap! Boleh try buat sebab resipi dia pun senang ja. Kita cuma perlu ikut step by step ja. So mama suruh la farah Google cari resipi cookies nih. Ni la resipi yang farah follow tu...

Bahan-bahan yang diperlukan :

1) 250 gm mentega
2) 175 gm gula kastor
3) 100 ml putih telur
4) 200 gm tepung gandum
5) 50 gm tepung jagung
6) 1/4 sudu teh emplex
7) pewarna = ungu, biru, hijau, kuning, oren, dan merah (ikut susunan warna ni )
8) loyang


loyang khas yang diperlukan. Juga boleh didapati dalam bentuk bulat dan bentuk hati. Boleh cari dekat kedai jual bahan kek yerr..



Cara-cara membuatnya :

1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex.
2. Pukul mentega dan gula dalam mixer hingga sebati.
3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar lagi hingga sebati.
4. Masukkan tepung dan gaul dengan spatula hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang anda gunakan.
6. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian. Letak ikut kesesuaian yerr...
7. Masukkan dalam piping bag untuk setiap warna yang anda gaulkan tadi.
8. Potong hujung muncung piping beg.
9. Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna           pelangi.
10. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit. Jangan terlalu lama tau. Nanti hangus dah x berapa cantik kuih tu tapi rasa dia tetap sama. Hehe...


Seeeeee. Dah siap dah cookies. Hanya perlukan 8 bahan dan ikut 10 step ni ja. Senang kan. Masa farah buat cookies ni macam main plasticine. Best oooo. hahaha. 

cookies yang farah buat. its really fun doing it !!

Selamat mencuba uolls !

3 comments:

  1. hai nk tnye u beli kat mne ye loyang 2...ada size y kecik x

    ReplyDelete
  2. saya beli dekat kedai sayang di kulim. kalau area kL try cari dekat area jalan chow kit. ada satu kedai yang jual macam2 bahan kek dekat siti. loyang bentuk love pon ada. size dia memang fix macam tu ja. xde yang kecik.

    ReplyDelete