Total Pageviews

Tuesday, January 7, 2014

Aeril Zafril vs Aidil Zafuan !

Assalamualiakum !

Haa kalau tengok tajuk, macam depa ni bergaduh je kan. Padahal idok pun sebenarnya. Nak tau kenapa tetiba malam2 macam ni farah tulis entry pasal depa nih ?? Haaaaa sebabnya ialah farah ni admire giler2 kat depa. LOL. Dah la dia jadi suami orang dah. Silalah anda gelak sepuas-puasnya. Tapi saya serius disini. Tak percaya tanya lah kawan-kawan dan junior-junior farah dekat hostel tuuu. Ada satu malam tu heboh satu asrama kat Blok B Farah frust menonggeng sengsorang sebab Airel Zafrel ni sebenarnya dah kawin dengan Wawa Zainal. Tak la satu sampai satu blok tu. teheee. Dengar macam lawak bodo jer kan.. Al kisahnya macam ni. Farah ni memang dari dulu lagi suka tengok Aeril Zafril ni berlakon walaupun pada hakikatnya dia ni berlakon tak best pon. Tetapi disebabkan rupa parasnya yang telah mencairkan dirikuuuu, yang tak best pon jadi best. perghh memang parah dah kau ni farah. 

Pada satu malam ni, tengah prep malam( study malam) di asrama, farah baca la newspaper utusan malaysia yang merupakan surat khabar yang dibekalkan untuk budak-budak asrama ni. Kantoi laa orang lain study yang hang ni farah baca surat khabar time study. Haha. Baca bahagian artis2 ja pun selalu. Yang depan-depan banyak cerita pasal politik. bosan !
Selak punya selak. Boomm terpampang muka hero yang diminatiiiii sapa lagi kalau bukan Aeril Zafrel la kan. Masa tu pulak tengah hot cerita Cinta Jannah. Senyum lebar sampai keeeeeee mata lah orang kata. Weeheee ~ Artikel tak baca lagi pun. Tengok muka Aeril dulu puas2. Haha memang sah parah dah kau ni. Senyum sorang pulak tu. Sampai ada kawan tegur.

Kawan : Yang hang ni dah pasaipa senyum sorang2 baca surat khabaq tu farah ?
Farah : Hehee. Pakwe kite masuk surat khabar lewwww *dengan gaya gediknya.. hahah

Lepas dah puas tengok muka tu baru baca artikel dia. DOOMMM. Boleh jatuh lower jaw ni kalau nganga maximum punya buka. Ye la terkejut dek tajuk artikel tu pasal Aeril Zafrel dah berkahwin dengan Wawa Zainal. Tapi masa tu cerita macam satu mitos ja. Aeril kata tunggu hari Jumaat nanti untuk keterangan lanjut. Wuhh masa tuh dah nak luluh dah hati. Berdoa ja kata cerita tu tak betul. Konon-konon kalau tak kawin lagi ada chance la lagi dengan Aeril tu.. Pidaahhh berangan lebih ja masa tuh. hahah. Tunggu la hari jumaat tuuu. 

Pada satu  ketika tu Nurhanani merangkap kawanku yang jugak meminati Aeril tapi tak la se'die hard' fan macam farah nih datang membawa paper and tunjuk artikel pasal Aeril Zafrel tu. Ingat berita gembira ka hapa kan tup tup berita tu tulis memang betul pun Aeril dah kawin dengan Wawa Zainal !!! Perghhh meraung sengsorang kat bilik study. Tak cukup kat bilik study lari pi bilik tayangan. Ramai yang dengar sampai junior pon tau jugak. Macam siot je kan. Sebab Aeril dah kawin pon sampai macam tu. Yelaaa pakwe sendiri(kononnya) kawin diam2 tak cakap. Curang di belakang. Sapa tak sedih ! HUHUHU. Bad mood satu hari sebab berita tuh. Malam tu naik dorm awal and nak tidoq awal. Ramai yang berkunjung ke dorm farah sebab nak cakap suruh farah sabar banyak2. Jangan sedih2.

Junior: Haaa, takpa kak farah, Aeril boleh kawin dua. Jadi la isteri kedua dia.
Junior: Kak farah jangan sedih nah. Bukan jodoh nak buat macam mana. Nanti cari lagi hensem dari dia nah..

Adoiii. Takmau la jadi isteri kedua. Baik cari yang lagi hensem kan. Hahaha bila teringat balik macam lawak ja kan.. Padahal tak dak la bad mood sangat sampai tak makan and tak cakap semua tuuu.. Malam tu berguling sorang2 atas katil. Kesian junior farah kat bawah tu bergoyang-goyang katil disebabkan senoirnya yang menonggeng x tentu pasal nih. Hahaha sori yer dik.

see. tenungan dia. Perrghh. cair cairrrr dah nih.


Aihhh. Untung lah Wawa dapat Aeril. Huhuuu. Nak buat macam mana kan dah takdak jodoh farah dengan pakwe yang sorang nih kan.. Bhahahaha. Berangan lagi ~
Gambar ambil dari en.Google ja. Tak sempat nak bergambar lagi dengan pakwe kite nih. haha

Itu satu cerita dah. Ingat lepas Aeril dah bahagia dengan kehidupan dia, biarlah farah yang membawa diri kan.. cehhhhh. Pastu balik kepada rutin harian macam biasa. Baca surat khabar masa waktu lapang. Seminggu kemudian, terbaca satu artikel ni pasal Aidil Zafuan dengan Rita Rudaini dah bercerai..... wah berita bagus nih. Pastu cakap la kat kengkawan kata farah dah jumpa pengganti baru kepada Aeril. 

Kawan: Hang ni cari laki orang pulak ka lepas Aeril kawin...
Farah: wehh dia bukan laki orang dah. Dia dah bercerai kot dengan rita rudaini. So single la kan. Heeeeee





Segak kan dia !! Haha saja la pun suka-suka tulis entry pasal ni malam ni. Teringat balik kenangan tinggal kat hostel dengan kengkawan dan junior2. Hehe. Btw semalam tengok cerita korea. Then malam tu tidoq mimpi Aeril jadi hero korea tu. LOL. Disebabkan mimpi tu jugak la harini bangun lambat. Haha. Ok la. Mama dah panggil suruh tidur awal malam nih. Esok ada test komputer untuk KPP test. Nanti dapat lesen boleh melancong merata-rata. Yahoooo ! Doakan farah lulus yerr.. Babai !

Terima kasih sebab sudi baca entry ni !

2 comments:

  1. weh kami masih jeles tengok dia dengan wawa. miahaha. kami masih stalk dia diam2. waduhhhhh

    ReplyDelete