Total Pageviews

Saturday, November 10, 2012

alhamdulillah. MAKKAH in memories !

assalamualaikum..

alhamdulillah. syukur kepada ALLAH S.W.T. tahun ni farah rasa sangat bertuah. nak tahu kenapa? alhamdulillah tahun ni farah dijemput oleh Allah s.w.t. untuk berkunjung kerumahnya. alhamdulillah.....tahun ni farah berpeluang untuk menunaikan umrah. rezeki farah tahun ni kan. macam2 tempat farah pi dan banyak pengalaman farah dapat di sana.. abah dah berniat nak bawa kami sekeluarga untuk menunaikan umrah tahun ni tapi abang dengan kakak farah ada urusan masing-masing yang tak dapat dielakkan. so tak dapat la pi tahun ni. kak intan dengan abangjat tak dapat pi sebab cuti U tak sama dengan cuti sekolah. so tak boleh la pi. nak tunggu tahun depan farah spm pulak kan. so mama decide bawa farah, abang wan, tok dengan wan dulu tahun ni. tu pon farah ponteng sekolah seminggu. heeee. inshaAllah tahun depan kakak dengan abang farah pi pulak. abangpit tak boleh pi lagi tahun depan sebab due date kak ana bulan 2 macam tu. so tak dapat la pi lagi. inshaAllah nanti sampai la seru nya ye abangpit :)

farah pi sana ada la dalam 2minggu. kami dari KLIA pegi Madinah dulu. 4 hari di Madinah lepastu baru pegi ke Mekah. nak tau suhu kat sana panas. itulah dugaan yang Allah beri umat-Nya. itu baru sikit Allah uji dekat dunia. suhu malam dengan subuh dia 37'c dan siang pulak 47'c. macam suhu orang demam kan. angin dia rasa macam duduk dalam sauna. berair ja mata. heeee. farah pi ni masa musim biasa. kalau musim panas lagi panas suhu dia. ada sampai 50'c kot kalau tak silap. haaa panas kan. kalau nak pi musim sejuk kena pi awal tahun. masa tu musim sejuk..farah pegi sana, 4 hari tu antibodi kuat lagi. boleh tahan dengan suhu dia. masuk hari kelima badan dah tak berapa sedap dah. demam panas dua tiga hari macam. sedih la jugak sebab tak boleh sembahyang dekat dalam Mashidil Haram. yala kan bukan senang nak dapat peluang solat depan Kaabah an. yang tu je la sikit ujian yang farah kena terima dekat sana. so kita kat sana bila ditimpa sebarang dugaan janganlah cepat mengalah dan mengeluh. try istighfar dan berdoa banyak2. inshaAllah kita dapat hadapinya. semua tu sekadar ujian Allah swt untuk kita. INGAT bila kita diuji Allah itu maknanya Allah sayang dekat kita ! ok ni ada sikit gambar farah nak kongsikan. sebenarnya nak masuk dalam masjid nabawi ni tak boleh bawa masuk kamera. kalau nak bawa masuk kena senyap-senyap. kat sini ketat sikit rule dia. dalam Masjidil Haram boleh bawa masuk/ jom kita  tengok dulu gambar masa di madinah dan mekah. sory gambar dalam fon farah banyak la.ni just gambar dari camera :)

 ni dalam flight otw Dari KLIA ke Jeddah. lepastu naik bas terus ke Madinah

 sampai di airport Jeddah :)

 farah dengan tok dalah masjid Quba'

 luar masjid Quba'. cantik masjid ni.

 di jabal Uhud. belakang tu makam para syuhada yang mati syahid masa perang Uhud

 Jabal Uhud

 di hotel di Mekah. baru sampai masa ni. penat masa ni.. heee




 dalam Masjidil Haram



 di Jabal Rahmah bersama took dengan wan :)





 masa Saei

 rehat dulu minum air zam-zam masa saei


 zam-zam tower. dari majidil haram. subhanallah..

 di ladang unta. masa ni angin kuat besertakan pasir. sebab tu mata tak boleh buka luas sangat . hehe




 last day singgah di masjid terapung untuk solat jamak zuhur dengan asar sebelum naik flight.

 ingat dekat Malaysia ja ada masjid terapung.. dekat sana pun ada jugak la..


alhamdulillah. dah sampai KLIA. fuhh. penat lapan jam dalam flight. kami naik Saudi Arabian Airlines.


yang ni ja la yang sempat farah konsikan. farah sempat buat dua Umrah jaa. alhamdulillah. sekali kita pergi  memang rasa nak pergi lagi. tipu la kalau sapa kata takmau pi dah kan ? ok la, banyak farah berceloteh untuk kali ni. farah undur diri dulu. assalamualaikum :)

p/s: mama nak pi lagi tahun ni. mama tanya nak ikut? sapa tak nak an. tapi abah kata nak SPM dah tahun ni. so tak boleh ponteng kelas sebab mama nak pi bulan dua ni. huhu. jeles. takpa maybe next time kan. inshaAllah. rasa rindu nak pi lagi...

2 comments:

  1. Replies
    1. takdalah. alhamdulillah rezeki saya dapat pergi. InshaAllah nanti rezeki awak pergi sana pulak. Doa banyak2 yer semoga dapat jejak ke sana :)

      Delete