Total Pageviews

Monday, January 31, 2011

ayat gramatis.

hello.

ni pulak farah kasi contoh contoh ayat gramatis. best baca ayat2 ni. rasa semangat terus nak buat karangan. cewah. over pulak an. hahak. tak pa. sekali sekala. tak salah kan. hehe. oke take a look !


1) Frasa bagi menggambarkan kegembiraanhatiku terlonjak keriangan
bibirnya mengukirkan senyuman
deraian ketawa memecahkan kesunyian
menguntumkan senyuman yang melebar sehingga jelas kelihatan barisan giginya yang putih
wajahnya yang kelihatan berseri-seri itu menandakan keriangan yang benar-benar dirasai

2)Frasa bagi menggambarkan kesedihanhatiku sebak menahan kepiluan
deraian manik-manik putih menitis di pipinya yang gebu
airmata bergenang di kelopak matanya yang bulat bersinar
duka yang terlara
hatiku remuk-redam menanggung kekecewaan
hatiku hancur-luluh bak kaca yang terhempas di lantai

3)Frasa bagi menggambarkan ketakutanpeluh sejuk mengalir di tubuhku
aku tercegat, berdiri kaku, membisu seribu bahasa
tubuh menggigil, menggeletar ketakutan
darah berderau
mata terbeliak, terperanjat

4)Frasa bagi mewujudkan unsur suspenslembaga hitam berlalu pergi sepantas kilat di hadapan
derapan tapak kaki kedengaran
burung hantu bersahutan di tengah-tengah malam yang buta
anjing menyalak pada malam bulan yang sedang mengambang
daun-daun kering berguguran setelah ditiup angin kencang
angin bersiulan di luar pintu
awan hitam menandakan hujan akan turun dengan lebatnya

kita perlu mengorak langkah
kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
manifestasi kesanggupan bangsa
manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
masalah sosial dan susila yang meruncing
masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
melangkah dengan seribu kekuatan
melontarkan soalan yang cukup penting
melupakan cita-cita yang lebih luhur
membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
membetulkan ketidaktepatan fakta
membimbing mereka memenuhi impian
membina impian masa depan yang lebih gemilang
membongkar kepincangan
membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
mempengaruhi minda generasi muda
mempertahankan perasaan saling bersefahaman
mempertingkat dan memperteguh kefahaman
mempraktikkan elemen tolak ansur
memudaratkan kesejahteraan rakyat
menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
menampilkan wajah baru yang disulami tekad
menangkis tuduhan yang tidak berasas
mencapai tahap yang mencemaskan
mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
mendapat perhatian dan liputan media massa
mendepani masa depan yang tidak menentu
-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis


oke dah. best kan ayat2 dia. farah doakan kita semua berjaya dalam exam nanti. jangan putus berdoa kepada ALLAH oke. teruskan usaha anda. kita pasti berjaya. 8A tahun nih oke !! selamat berjaya kawan kawan.... 


farahajisaleh

No comments:

Post a Comment