Total Pageviews

Wednesday, December 8, 2010

pasta carbonara !!

assalamualaikum ...

hoho ..tadi farah masak pasta carbonara .. sedap wooo ..
sebenarnya tadi saja nak try masak ann .. tiba2 sedap lak an farah masak (aceceh perasan lak an ..) hahak
rituh farah gi keyyel (kuala lumpur) makcik ade masakkan ..
so farah tanya la recipe dia .. balik nak cuba .. so cuba la ..
nanti sesape yang nak datang rumah farah masak ekk .. tapi tepon dulu la  kalau nak datang yerr ..


nak tawu recipe pasta carbonara ??!!
mari kita lihat siapa yang kena .. eheh silap .. jom2 kita tengok recipe dia ..



BAHAN-BAHAN

bahan- bahan untuk satu tin carbonara ..

1. pasta *beli la ikut jenama yang anda suka ..tapi farah guna jenama San Remo
2. satu tin carbonara cendawan * yang warna biru tuh .. bahan paling penting !
3. daging hancor ramli @ daging biasa * dipotong kecil2
4. sosej
5. bawang putih separuh dari sebiji .. bawang putih kena guna banyak ..
6. bawang merah sebiji *dipotong dadu
7. susu cair dutch lady full cream ..

CARA-CARA MEMASAK

untuk pasta ..

1. masukkan air kedalam kuali dan panaskan ..
2. masukkan sedikit butter dan pasta kedalam air tersebut agar pasta tidak melekat ..
3. rebus sehingga pasta lembut ..
4. sejat pasta tersebut dah basuhkan sedikit dengan air biasa .
5. letakkan pasta di dalam mangkuk ..

untuk kuahnya ..

1. masukkan sedikit butter dan minyak ke dalam kuali ..
2. setelah panas , masukkan danging yang sudah dihiris halus ..
3. setelah daging sedikit masak , masukkan sosej ..
4. masukkan bawang putih yang telah ditumbuk halus dah bawang merah yang telah dipotongg dadu ke dalam daging dan sosej tadi ..
5. apabila sudah masak , masukkan kuah carbonara ..
6. campurkan susu mengikut kepekatan anda .. kuah jangan terlalu cair kerana kuah akan berasa tawar ..
7. kuah siap untuk dimakan bersama pasta ..


selamat mencuba .. senang saja ..

p/s : ni recipe farah sendiri ..

~farah~

No comments:

Post a Comment